Archive

Archive for July, 2013

Kata-kata Hikmah Salahuddin Al-Ayyubi

July 23rd, 2013 No comments
  1. Saya meminta kekuatan, tapi Allah memberi kesulitan untuk membuat saya kuat.
  2. Saya bertanya tentang kebijaksanaan dan Allah memberi saya masalah untuk diselesaikan.
  3. Saya meminta untuk kemakmuran, dan Allah memberi saya tenaga untuk bekerja.
  4. Saya meminta keberanian dan Dia memberi saya bahaya untuk diatasi.
  5. Saya meminta sebuah cinta, dan Dia memberi saya orang-orang yang bermasalah untuk dibantu.
  6. Saya meminta nikmat, dan Dia memberi saya peluang untuk berjuang.
  7. Saya tidak meminta apa-apa untuk diri saya, tetapi saya menerima semua yang saya perlukan.

Sahur Sekadar Untuk Makan?

July 13th, 2013 No comments

Mana ada orang yang selera makannya selepas bangun tidur. Jam 4-5pagi pulak tu. Bangun lawan mengantuk semata2 nak makan?

Mustahil. Kita bukan jenis yang ‘kebulur’ tengah pagi buta. Namun hakikatnya kita berjaya bangun atas nama ‘sahur’.

Walau berat, namun sahur tetap diraikan. Kita bangun tidur bukan kerana lapar.

Namun kita menyelak selimut, melawan mengantuk kerana ‘IMAN’. Tanpa iman, tidak terdaya selimut dialihkan walau ia juara angkat berat sekalipun.

Sedar atau tidak sedar, kita sebenarnya sedang dalam projek mega mencapai taqwa. Tangga taqwa perlahan2 diredahi. Kadang rasa takut Allah itu sudah wujud dalam hati kita. Namun kita tidak sedari. Yang kita nikmati hanyalah kemanisan ‘iman’. Itulah Allah. Diberinya kasih sayang kepada hambaNya dengan menanamkan rasa ‘iman’ kepadaNya.

Oleh: Imam Muda Asyraf

BlogBooster-The most productive way for mobile blogging. BlogBooster is a multi-service blog editor for iPhone, Android, WebOs and your desktop