Tips hapuskan lipas dalam kereta

September 6th, 2015 Leave a comment Go to comments

Disebabkan si kiddos ini suka makan dalam kereta, maka lipas pun turut bersuka ria. Kita makan KFC, dia pun kelip-kelip tunggu masa. Bila kita matikan kereta, malam mereka mula beroperasi seperti biasa.

Bila dah geram, buatlah macam-macam caranya, maka terjumpalah cara yang berkesan secara tidak sengaja.

Cara mudah dan murah nak perangkap lipas dalam kereta:

1. Beli ‘Ice Lemon Tea’ jenama Seasons ini. Minum sampai habis dan tinggalkan baki 2 3 titis je sebagai umpan pada lipas.

2. Buka penutup botol dan letak dalam kereta sama ada di bawah kerusi depan atau belakang.

3. Biarkan semalam atau 3 hari, akan dapatlah hasilnya kelak.

Pada asalnya, terlupa nak buang botol ini dalam kereta sebab tersorok dalam seat. Sekali nak buang, penuh tetamu masuk dalam perangkap.

Selamat mencuba bagi kereta yang menternak lipas!

– Sharifah
– source: https://www.facebook.com/SukanStarTV/posts/975653965834955

lipas kereta 1 lipas kereta 2 lipas kereta 3

  1. No comments yet.
  1. No trackbacks yet.